Wednesday 4 November 2015

 LAWATAN KE KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA, PUTRAJAYA
 
                                                     
 
 
 
Baru-baru ini Jawatankuasa EKSA Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP) telah mengadakan lawatan ilmiah ke Kementerian Kesihatan Malaysia di Putrajaya pada 03 haribulan November 2015. Bermatlamatkan MSWP ke arah Ekosistem Kondusif Sektor Awam atau EKSA, lawatan ini bertujuan untuk menambah idea yang kreatif dan berinovasi dikalangan kakitangan MSWP untuk merealisasikan objektif EKSA itu sendiri. Seramai lebih 20 orang kakitangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dipilih untuk lawatan ini. Sesi penerangan oleh pihak KKM pada sebelah pagi menjelaskan suasana kerja yang kondusif yang diamalkan oleh mereka



 
Selain itu, kakitangan MSWP dibawa ke beberapa tempat di sekitar bangunan KKM seperti bilik Pegawai, pejabat am kakitangan, tandas, pantri, ruang legar, bilik rekod dan sebagainya. Penambahanbaikan struktur pejabat dan operasi di KKM memberikan peluang kepada kakitangan MSWP agar berjaya mempraktikkan budaya EKSA serta mencapai objektif MAMPU. Idea kreatif dan inovatif dipersembahkan oleh setiap kakitangan KKM di setiap lokasi bekerja kakitangan dengan pelbagai idea secara tidak langsung menceriakan suasana bekerja yang kondusif.


Thursday 29 October 2015

KURSUS AUDIT EKSA


Seramai 32 orang telah mengikuti Kursus Audit EKSA dengan jaya pada 27-28 Oktober 2015 bertempat di Dewan Seminar, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini. Kursus dua hari ini telah dikendalikan oleh Champion Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang dilantik oleh MAMPU iaitu Puan Kamaliah Binti Kassim. Kursus ini dibuat bagi memantapkan ilmu pengauditan dikalangan auditor yang dilantik serta mendapatkan info-info baru yang berkaitan dengan audit EKSA. Kursus dua hari ini juga sempat diselitkan demonstrasi bagaimana hendak mengaudit satu-satu tempat dan kawasan yang dipilih.




Apa yang penting dalam mengamalkan EKSA ialah kawasan yang bersih, selamat dan menepati standard of prosedur yang telah ditetapkan oleh jabatan. Tidak perlu terlalu banyak tampalan dan ‘unsur kreativiti yang bersifat tidak profesional’. Ini kerana, mahkamah adalah sebuah tempat yang bersifat professional dan berimejkan korporat, maka kreativiti yang ingin dipamerkan perlulah bersifat professional dan korporat.



Friday 9 October 2015

LAWATAN KERJA EKSA KE MAHKAMAH SYARIAH DAERAH MANJUNG, PERAK



05 Oktober 2015 ( MRS Manjung, Perak ) - satu lawatan kerja dari Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP) ke Mahkamah Syariah Daerah Manjung, Perak yang diketuai oleh YAA Datuk Mahammad Bin Ibrahim. Lawatan ini turut disertai oleh Tuan Muhammad Khairul Nizzam Bin Kassim selaku Ketua Pendaftar bersama-sama 25 orang pegawai termasuk hakim-hakim syarie, pendaftar, pegawai sulh, pegawai penyelidik dan penolong pendaftar


Peserta lawatan telah disambut oleh Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak iaitu Tuan Abdul Rahman Bin Thobroni bersama Hakim Mahkamah Syariah Manjung dan Kakitangan Mahkamah tersebut. Taklimat mengenai pengurusan dan perkongsian mengenai perlaksaan EKSA dan ISO telah disampaikan sendiri oleh Tuan Mohd Esham Bin Abdul Samad, Hakim Mahkamah Rendah Syariah. Sepanjang sesi taklimat tersebut, pelbagai maklumat telah dikongsikan untuk rujukan dan makluman semua peserta lawatan ini.

Setelah selesai taklimat dan sesi soal jawab, para peserta dibawa untuk melihat proses pengurusan kes dan perlaksanaan EKSA di MRS Manjung. Diharapkan dengan perkongsian maklumat dari program lawatan kerja ini dapat memberi idea-idea yang bernas untuk mempertingkatkan lagi sistem pengurusan kes dan perlaksanaan EKSA di MSWPKL.

Friday 7 August 2015