Wednesday 29 March 2017

LAWATAN EKSA DAN HAKAM KE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SELANGOR

24 Mac 2017- Satu lawatan kerja dari Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MSWP) ke Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah berjaya dilaksanakan.  Lawatan ini diketuai oleh Tuan Muhammad Khairul Nizzam bin Kassim, Ketua Pendaftar MSWP dan disertai seramai 13 Orang pegawai dan kakitangan MSWP.



Peserta lawatan telah disambut oleh YAA Profesor Adjung Dato’ Dr. Hj. Mohd Na’im Bin Hj. Mokhtar Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) dan YBrs/YA Puan Noor Huda binti Roslan, Ketua Pendaftar JAKESS.


Lawatan kerja ini bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat perlaksanaan Hakam dan Amalan EKSA di JAKESS. Taklimat mengenai perlaksanaan hakam telah disampaikan oleh YBrs/YA Ketua Pendaftar JAKESS manakala taklimat EKSA telah disampaikan oleh Puan Shahida Suhana binti Abdul Hamid. Usai taklimat dan soal jawab, para peserta telah dibawa melawat dan melihat perlaksanaan EKSA di sekitar bangunan JAKESS.




Sekalung penghargaan buat YAA Profesor Adjung Dato’ Dr. Hj. Mohd Na’im Bin Hj. Mokhtar Ketua Hakim Syarie JAKESS dan YBrs/YA Puan Noor Huda binti Roslan, Ketua Pendaftar JAKESS serta warga JAKESS atas perkongsian ilmu dan kesudian menerima lawatan kerja MSWP. Diharap dengan perkongsian maklumat daripada program lawatan kerja ini akan dapat memberi  sesuatu yang bermanfaat dan dapat diaplikasikan bagi perlaksanaan Hakam dan EKSA di MSWP.